Khamis, 21 Mei 2009

25 tahun dahulu












25 tahun dahulu ketika aku berumur 14 tahun tempat ni adalah tempat aku, adiku dan kawan-kawanku berkubang dan bermain lumpur. Pada masa tu kami semua tak kenal apa itu playstation dan macam-macam games zaman ini. Kalau hari tak sekolah aktiviti kami celik je mata, berkumpul merancang apa aktiviti yang akan kami bakal lakukan untuk hari itu, biasanya apa yang kami lakukan adaalah ikut musim, contohnya musim gasing, musim layang2, musim badminton,musim baling selipar jepun,bola roundes,musim main daun terup dan macam2 musim lagi. Kebanyakan musim permainan yang kami lakukan semestinya bergantung pada faktor cuaca faktor sekeliling, contohnya musim layang2 adalah cuti sekolah penggal ke3 hujung tahun di mana waktu itu angin adalah amat sesuai, musim panas tentulah main gasing dan bola rounders... tapi aktiviti yang paling aku suka adalah berkubang dan mandi sungai, jangan tanya aku kenapa, hanya mereka2 yang biasa sahaja yang tau thrill nya..heheh...walaupun hari2 kena pukul ngan umi tapi esok buat lagi mmg tak pernah serik..betul tak sahabat?.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan